Ba'as Adli Bin Mohd Aidil

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 8 Ogos 2014

Kandungan Formulasi Qaseh Gold


Tahukah anda bahawa setiap gejala dan penyakit itu berpunca dari ketidak seimbangan dan kekurangan zat-zat mineral yang lengkap


Minuman Herba berkonsepkan formulasi makanan sunnah dengan kurma, madu tiin, zaitun, habbatus sauda, delima air zam zam dan pelbagai ramuan herba terbaik yang padat dengan khasiat untuk tenaga dalaman dan luaran.



INSYAALLAH membantu mengatasi masalah berikut :
  • Meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Keletihan/kelesuan
  • Batuk/sakit tekak
  • Selsema
  • Asma
  • Gastrik
  • Gout
  • Migrain
  • Buasir
  • Resdung
  • Sembelit
  • Tekanan darah tinggi
  • Haid yg tidak teratur/keputihan
  • Kurang keinginan seksual
  • Anemia
  • Kebas-kebas ringan
  • Susah tidur
  • Sakit sendi
  • Sakit tumit
  • Stress
Kajian mendapati bahawa Makanan Sunnah adalah suppliment terbaik kerana mempunyai Ciri-Ciri Berikut :
ANTI OKSIDAN
  • Anti Oksidan berfungsi membantu meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel dan meningkatkan kuasa sistem imun tubuh.
  • antioksidan
  • Kebaikan Anti Oksidan :
    • Mengekalkan perjalanan darah yang baik kepada organ tubuh.
    • Awet Muda.
    • Mencegah penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit jantung.
    • Mempercepatkan penyembuhan luka.
    • Menguatkan sistem imun.
    • Mengawal tekanan darah
    • Menjadikan tubuh sihat dan bertenaga.

ANTI BAKTERIA
antibakteria

Energy & Mind Booster
  • Makanan yang kaya dengan glukos dan fruktos
  • Makanan yang membantu memperbaiki perjalanan darah.
  • Kaya dengan mineral Zat besi, potasium, magnesium.
  • Dapat menstabilkan mood dan memperbaiki kualiti tidur.

 

KENAPA HARUS MEMILIH QASEH GOLD?

1. IMP-ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE


Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……” 

2. PRODUK DARIPADA SYARIKAT BUMIPUTERA ISLAM YANG BERPENGALAMAN SEJAK 1983


Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. 

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.

 

3. LEBIH NILAI UNTUK WANG ANDA!

Mengapa perlu beli satu masalah satu produk?Mengarut bukan?Insyallah Qaseh Gold sudah terbukti keberkesanannya berdasarkan testimoni-testimoni daripada pelanggan.

Isnin, 24 Februari 2014

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE 4 SAYANG..

baru nak updated..huhu..
bulan 6 adalah bulan keramat bagi aku n suami..mana taknya..bulan 6 banyak tul sejarah..sejarah dimana pada 1 jun 2009 suami aku g lapor diri sebagai kakitangan kerajaan di jabatan ukur dan pemetaan malaysia perlis,pastu 4 jun 2009 aku dan suami telah disatukan n pada 6 jun 2009 kenduri kawin kami telah diadakan di sebelah aku di kuala kangsar perak..8 jun 2009 kenduri menyambut disebelah suami di baling..malam tu kami terus gerak ke perlis sebb suami xdapat cuti..maklum la baru masuk keje..kul 2 pagi kami sampai perlis dengan tak jumpe rumahnya..huhu..pastu pada tahun 2011 aku pulak dapat rezeki bekerja di bawah negeri perak sebagai kerani di pejabat tanah seri iskandar..sekarang dah duk kat pengkalan hulu..

baru2 ni 8 jun 2013, aku n suami sambut anniversary kami di pantai merdeka..empat tahun dah kami kawin..tahun ni paling gembira buat kami sebab kami bakal menyambut kelahiran anak pertama kami..alhamdulillah allah makbulkan juga permintaan kami..merasa la aku menempuh pengalaman mengandung..mengendong anak dalam perut..n insyaallah sebulan lagi akan merasa melahirkan n menjadi seorang UMI..suami plak bleh jadi AYAH untuk anak sendiri..harap semua dalam keadaan yang baik2 semuanya..amin..

harapan aku semoga kami akan kekal hingga syurga n dapat menempuh semua dugaan yang telah allah tetapkan pada kami berdua..harapan juga semoga kami berdua dapat memperbaiki diri menjadi insan n hamba allah yang lebih baik dari sekarang semoga kehidupan rumahtangga kami n keluarga dalam lingkungan rahmat yang maha esa..amin..

buat suami..sayang sayang abg..terima kasih sebab sudi menjadikan sayang suri di hati abang sepanjang perkenalan n perkahwinan kita..terima kasih atas semuanya..

checkup 34 weeks

assalamualaikum..

12 jun 2013 aritu ada appointment dengan pakar hospital baling..review untuk breech..(baby songsang)..huhu susah ati ni..baby masih dalam keadaan songsang..berat baru 2.3 kg.. ok la tu ikut perkembangan..aku harap baby pusing la duk kat kedudukan sepatutnya..aku klu bleh nak bersalin normal..nak rasa sakit bersalin..klu bleh nak Allah ampun kan dosa aku yang banyak dulu..huhu..

yang lain ok semua..GDM pun ok je bila check..cuma kadang-kadang ade gak terbabas..tp ok la tu normal..berat badan aku pun tak naik sgt..xsampai lagi 10 kilo..ada yang aku baca tu sampai naik 20 kg sepanjang mengandung..iskh..xnak la ku naik banyak sgt..ni pun xlarat nak bawak badan..nafas pun semput je..hehe..

harap anak dalam kandungan sihat, cergas n cerdas...nak dekat bersalin ni macam-macam perasaan datang..takut, risau, suka, sedih sume ada..mudah je nak terasa dengan sesuatu..mudah sgt tersentuh..huhu..harap anak nnt xde la lemah macam umi dia ni kan..biar la dia jadi anak yang kuat semangat..x mudah mengalah n tak mudah terasa macam umi dia..hehe..

ok la..stop dulu k..nnt kita cita lagi..3 minggu lagi ada review dgn dr pasal breech lagi..harap time tu baby dah engaged la..doakan yang terbaik k...

Trimester ketiga

alhamdulillah...anak umi dah cukup 7 bulan...semoga anak umi sihat sehingga selamat dilahirkan.umi n ayah xsabar nak tgk muka anak umi...membesar depan kami...semoga menjadi insan yang berguna pada bangsa dan agama k sayang..

rabu ni 8/5/2013 umi ade appointment dengan pakar..sebab dah 7 bulan,maka pakar kne tgk perkembangan anak umi...umi harap semua ok..xnak sangkut-sangkut..malas la nak duk hospital...

baru-baru ni g jumpe dr, xde masalah apepun kecuali berat badan kene naik ckit je..sepatutnya umi kne naik 1 kg untuk 2 minggu..tp berat umi naik 0.5kg je..mungkin kurang makan kot..xlalu la sayang...ade masa je umi makan banyak..tp klu umi duk dengan ayah,umi lalu makan...mungkin sebab ayah duk depan mata umi..ati senang ckit bila tgk ayah...

ok la..nak stop dulu..nnt umi update lagi k..

Rabu, 3 April 2013

6 bulan sudah...

Minggu ni genap 6 bulan kandungan aku...rasa bahagia sgt bila dapat rasa pengalaman ni..bersyukur pada ALLAH sebab beri aku peluang ni..dulu aku teringin nak tau camner rasa mengandung,bawak baby dalam perut,sbb orang kata berat bawak perut..hehe..pastu nak rasa baby gerak-gerak dalam perut,mesti bestkan?

alhamdulillah..ALLAH bagi gak peluang tu setelah 3 tahun lebih kami tunggu..sekarang aku rasa semuanya..walaupun x mabuk sgt n selera makan pun xhilang sgt,tp aku suka bila rasa baby gerak-gerak dalam perut aku..bahagia sgt..harap aku boleh mengandungkan baby ni sampai dia lahir..jangan la ada masalah...aku sayang baby ni..ramai orang tanya baby ape yang aku kandung..tp aku x g scan pun lagi...sbb xtau nak scan katmana yang bagus..xpe la..sabar je..laki aku pun xkata apepun..janji baby n aku sihat..tu pun dah cukup bagi dia..

ya ALLAH..semoga perjalanan aku dipermudahkan dan diberkati olehMu..

Amin...

Khamis, 31 Januari 2013

14 minggu kehamilan

Lama betul nak update blog ni..bukan ape aku malas sebenarnye..hehe..ni baru nak cite pasal check up masa 14 minggu aritu..aku sampai awal ari tu..so,pas timbang berat n check air kencing,aku terus jumpe doktor..sepatutnya jumpe nurse dulu.tp nurse g melawat orang meninggal dulu..cm biasa la bila jumpe dr sekejap je..tanya serba cikit n catit ape yg perlu, setel sume keje..tgu nurse plak untuk check perut..bila nurse dah sampai dia check n pegang2 perut,dia cakap baby ni xmacam 14 minggu,tp cm dah 18 ke 20 minggu..aku pun takut gak la..x mungkin kot..sebabnya aku selalu wat scan kat pakar n pakar cakap xde pape pun dalam perut aku..mungkin baby aku mmg besar kot..maklum la mak dia pun xbrape nak kecik..hehe..pastu nurse cakap nak check jantung..skali ada dengupan jantung anak aku..seronok rasa ati sebab anak aku membesar dengan baik sekali..aku cakap kat nurse,mungkin kembar kot..hehe..nak sedapkan ati je ni..pastu nurse cakap klu kembar pun dengup jantung xbunyi lg..sbb slalu 16 minggu ke atas baru dengar..nak scan,tp aku dah jumpe dr..nurse suh aku tgu 2 minggu lg..xpe la.umi sabar je la..klu betul baby dah besar, mungkin bersalin pun awal la..tp aku xrasa lg pergerakan baby..takut gak la dalam ati ni..harap2 baby sihat n membesar dengan sempurna la ye...ok la..xtau nak cakap ape lg..bye